Sunday, January 4, 2009

HALAL MALAYSIA

Penulis rasa terkilan kerana isu halal yang tidak mencapai tahap kepuasan yng maksimum kepada pengguna islam seluruh negara. Malaysia telah menjadi sebuah negara berstatus hab halal yang menjadi model kepada negara lain.

Rakyat Malaysia tidak perlu gusar dan bimbang tentang produk yang ada di pasaran tempatan, dan inilah yang digambarkan oleh kerajaan kepada rakyat, tetapi malangya semua ini masih menjadi agenda NGO dan rakyat yang mementingkan isu halal ini perlu dimaksimumkan pemantauannya. Penulis tidak menafikan peranan kerajaan untuk memartabatkan isu produk halal ini tetapi perlu lebih agresif supaya tidak ada pihak yang sambil lewa dan memandang isu ini remeh dan tidak berdaya maju.

Masyarakat isalam Malaysia wajib memandang isu ini satu isu yang besar dan memberi kesan yang amat mendalam di dadalam kehidupan, ia berkait rapat dengan soal peribadi, moral, akhlak, ekonomi dan kestabilan masyarakat islam ini sendiri

Kita hanya akan terusik jika dikaitan makanan kita dengan yang telah jelas haramnya seperyi daging khinzir, tetapi kita kurang peka dari segi penyediaan bahan produk halal itu sendiri bermula dari A hinggalah Z, ini tidak termasuk faktor sampingan yang kurang dititkberatkan seperti forwarding, orang yang mengendali atau menyediakan bahan dan produk tersebut.

Penulis terpanggil apabila ada komentar daripada seorang penulis kira-kira 2 minggu lepas yang memberi kesedaran tentang wujudnya rangkaian kopitiam di seluruh negara. Gaya santai kini memberi satu tamparan hebat dan kadang-kadang kita terlupa memikirkan status halal kedai tersebut, adalah sangat memeranjatkan apabila penulis diberitahu hanya ada satu sahaja kedai rangkaian tersebut atau seumpamanya yang berdaftar dengan JAKIM.

Kedai rangkaian kopitian, old town dan seumapamanya, cuba lah kita lihat, pekerja dan cara penyediaan makanannya, adakah terkandng dalam konsep halal yang sebenarnya?Penulis amat setuju dengan komentar yang diberikannya. Penulis akan cuba dapatkan artikel tersebut.

Penulis juga ada terdengar kupasan seorang timbalan menteri mengenai isu status hotel yang tidak mendapat sijil halal, tetapi jawapan amat mengecewakan. Timbalan Menteri hanya menjawab sambil lewa dan menyatakan kita tidak perlu makan di hotel tersebut. Aduhhh.....

Jika dilihat senarai hotel di Kuala Lumpur bertaraf 3 hingga 5 bintang, boleh dibilang dengan jariyang memiliki sijil halal, yang lain bagaimana?jadi dimana Malaysia sebuah negara islam dan menjado hab halal serantau jika tempat-tempat tumpuan sebegini tidak dapat dipastikan status halal cafe dan restaurannya?ini belum diambil kira lagi afe dan restauran yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Manakah enakmen dan undang-undang yang wajib diwujudkan untuk menjamin rakyat bebas untuk makan di tempat yang sepatutnya wajib ada status tersebut.

Pihak Kementerian Pelancongan satu ketika dulu, terpaksa mewujudkan directory halal untuk para pelancongan, adakah ini wajar? Isu ini juga pernah mendapat komentar dari pengguna muslim kewajaran directory tersebut berdasarkan status malaysia sebagai sebuah hab halal?