Thursday, May 7, 2009

BIR HALAL?

Sila guna istilah yang jangan kelirukan umat islam. Sekarang ni banyak sangat masalah yang timbul.

Isu halal tak pernah nak selesai. Menteri baru naik ex army yang semua kenal, dalam kenyataan dalam paper utusan jumaat jun 09, hanya 27 hotel ada sijil halal...adoi, jadi yang kita pi hotel bintang ker tak der bintang macam maner? statusnya

cadangan - wajib hotel ada sijil halal. Kalau JAKIM kata tak diwajibkan tapi digalakkan, maksudnya kerajaan mesti tegas, negara kita mesti ada prinsip yang jelas tentang ini.

ada juga kenyataan - kalau nak buat majlis kena hati-hati dengan hotel yang tiada status halal, jadi? apa kesudahannya?

wajib..wajib..wajid ada , kerajaan kena tegas

yang terbaru BIR HALAL- sila rujuk paper dan MIHAS 09

apa maksud bir?arak?

adakah yang tidak beralkohol atau aper?

sama-sama ambil tindakan semua pihak perlu perihatin

kepada kerajaan yang baru perlu ambil tindakan segera

saya juga ingin jadi adviser tak rasmi kepada kerajaan ( tak kira kerajaan dari parti mana ) yang penting ialah kebajikan rakyat

KERJA MULIA

Keluar dari rumah sekitar jam 8.30pg, setiap hari, lalu jalan jelatek memang jem teruk setiap hari, keluar lewat sikit kira ok lah, terus naik hiway AKLEH bayar RM1.50 pakai touch n go mudah sikit, walaupun tak der diskaun...hehehe

Isnin hingga jumaat itulah rutin aku, hantar isteri tercinta ke office, bahaya naik lrt atau jalan sorang-sorang, macam-macam sekarang ni kan....lepas hantar terus aku pulak ke office, dekat jam 9.30pg sampai la..

Tiap hari " abg polis " - itulah panggilan yang aku guna bila nampak polis lalulintas ni bertugas, ada kalanya hujan lebat awal pagi, tengahari panas terik tapi dia tetap dengan kerja dia...aku buka aper, satu pagi kat sempang empat sebelum hard rock cafe, tiba-tiba kereta proton putih berhenti, rosak tengah jalan, dah la memang jem, ni tambah lagi dia pulak tengah jalan....adoi tmbah sesak la dibuatnya

Yang aku tabik..abg polis tu terus bantu tolak kereta tu sorang-sorang...pemandu lain berhenti jer tk tolong pun yang sedihnya ada ramai orang tepi jalan nak melintas, tapi sorang tk tolong, ada yang cekak pinggang, ada yang tersenyum, ada yang pandang dengan penuh perhatian macam tonton wayang, ada yang macam tak da perasaan langsung....

Moral nya :
1. Kerja polis tk terbatas
2. Sikap tidak perihatin rakyat Malaysia, tidak ambil peduli apa yang berlaku sekeliling
3. Benda baik perlu di contohi walau ada yang kurang senang dengan abg polis
4. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, jangan menyusahkan orang lain