Thursday, May 7, 2009

KERJA MULIA

Keluar dari rumah sekitar jam 8.30pg, setiap hari, lalu jalan jelatek memang jem teruk setiap hari, keluar lewat sikit kira ok lah, terus naik hiway AKLEH bayar RM1.50 pakai touch n go mudah sikit, walaupun tak der diskaun...hehehe

Isnin hingga jumaat itulah rutin aku, hantar isteri tercinta ke office, bahaya naik lrt atau jalan sorang-sorang, macam-macam sekarang ni kan....lepas hantar terus aku pulak ke office, dekat jam 9.30pg sampai la..

Tiap hari " abg polis " - itulah panggilan yang aku guna bila nampak polis lalulintas ni bertugas, ada kalanya hujan lebat awal pagi, tengahari panas terik tapi dia tetap dengan kerja dia...aku buka aper, satu pagi kat sempang empat sebelum hard rock cafe, tiba-tiba kereta proton putih berhenti, rosak tengah jalan, dah la memang jem, ni tambah lagi dia pulak tengah jalan....adoi tmbah sesak la dibuatnya

Yang aku tabik..abg polis tu terus bantu tolak kereta tu sorang-sorang...pemandu lain berhenti jer tk tolong pun yang sedihnya ada ramai orang tepi jalan nak melintas, tapi sorang tk tolong, ada yang cekak pinggang, ada yang tersenyum, ada yang pandang dengan penuh perhatian macam tonton wayang, ada yang macam tak da perasaan langsung....

Moral nya :
1. Kerja polis tk terbatas
2. Sikap tidak perihatin rakyat Malaysia, tidak ambil peduli apa yang berlaku sekeliling
3. Benda baik perlu di contohi walau ada yang kurang senang dengan abg polis
4. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, jangan menyusahkan orang lain